Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh negara yang meraikan sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2011. Semoga dengan kedatangan hari guru pada tahun ini akan memberi sinar kebahagiaan kepada semua guru yang telah bertungkus lumus tanpa mengira penat lelah, masa, tenaga dan segala-galanya dalam membentuk sebuah kejayaan dan mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang berintelek dan berakhlak mulia. Ketahuilah semua bahawa jasa guru tidak terbalas walau dengan wang ringgit hatta harta yang berlimpah ruah. Guru ibarat pelita yang sanggup membakar diri demi menerangi kegelapan. Oleh itu, hormatilah guru, sayangilah guru dan berikanlah guru itu sebuah kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai balasan jasa mereka.
Terima Kasih Cikgu
Jasamu Dikenang Hingga Ke Akhir Hayat
No comments:
Post a Comment