Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh negara yang meraikan sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2011. Semoga dengan kedatangan hari guru pada tahun ini akan memberi sinar kebahagiaan kepada semua guru yang telah bertungkus lumus tanpa mengira penat lelah, masa, tenaga dan segala-galanya dalam membentuk sebuah kejayaan dan mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang berintelek dan berakhlak mulia. Ketahuilah semua bahawa jasa guru tidak terbalas walau dengan wang ringgit hatta harta yang berlimpah ruah. Guru ibarat pelita yang sanggup membakar diri demi menerangi kegelapan. Oleh itu, hormatilah guru, sayangilah guru dan berikanlah guru itu sebuah kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang sebagai balasan jasa mereka.
Terima Kasih Cikgu
Jasamu Dikenang Hingga Ke Akhir Hayat

Selamat Hari Guru

Friday, April 15, 2011

Selamat Datang@Welcome

Selamat Datang@Welcome..kepada semua pengunjung blog yang baru.
Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog ini.
Sebarang komen2 yang membina adalah amat dialu-alukan.
Sebarang pemasalahan berkaitan dengan pelajaran juga diterima terutamanya yang berkaitan dengan Matematik...
T.Q





Sunday, February 27, 2011

Sekadar Renungan

Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak.

Thursday, February 3, 2011

Tahun Baru Misi Baru

2010 telah meninggalkan seribu kenangan....Kini, muncul 2011 dengan seribu macam persoalan..Kalau tahun 2010, misiku adalah untuk meluluskan seramai mungkin murid yang lulus Maths UPSR. Alhamdulillah berjaya jua misiku...tapi 2011 pula....ermmmm...untuk meningkatkan lebih ramai murid yang dapat A maths UPSR..Insya allah, akan ku cuba sebaik mungkin. YESSSS, I Can. Be positive....6 Bijak, Here I Come............

Friday, July 16, 2010

Renung Sejenak

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,

Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,

Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,

Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,

Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,

Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,

Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,

Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,

Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,

Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,

Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,

Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Allah bahawa kita masih hidup !

Saturday, July 10, 2010

Hari Guru Daerah Kemaman - 10 Julai 2010

Terima kasih datuk MB!!! Alhamdulillah dan terima kasih Menteri Besar Terengganu, Datuk Hj. Ahmad Said kerana telah menghadiahkan sebuah thumbdrive kepada seluruh warga pendidik daerah Kemaman sempena sambutan Hari Guru peringkat daerah Kemaman yang diadakan di Dewan Berlian, MPK Kemaman. Terima kasih kerana menghargai sumbangan guru terhadap pembangunan pendidikan di Terengganu.